2012年9月23日星期日

BAB 4 : Graf

1. Umum


- Graf digunakan untuk memperlihatkan maklumat atau menggambarkan data dengan tepat dan jelas.

- Graf terdiri daripada beberapa jenis seperti:-

ⅰ. Graf bar berganda
ⅱ. Graf garisan berganda

- Graf biasa digunakan untuk  menunjukkan jumlah  tertentu seperti  hujan bulanan, bilangan penduduk  atau  keluaran sesuatu barangan bagi sesuatu tempoh yang tertentu.
2. Graf Bar Berganda


- Graf ini digunakan untuk membandingkan dua unsur atau lebih unsur.

- Boleh dilukis secara menegak atau mendatar.

2.1 Mentafsir Graf Berganda


- Perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa membuat tafsiran
ialah:

ⅰ. Tajuk
ⅱ. Label paksi X dan Y.
ⅲ. Data-data yang:-

• Tertinggi
• Terendah
• Sama Data
• Jumlah Keseluruhan
• Perbezaan Angka

3. Graf Garisan Berganda


- Graf garisan digunakan untuk menunjukkan perubahan kuantiti sesuatu unsur yang hendak dikaji.

- Penggunaan beberapa garisan dalam graf garisan berganda digunakan untuk mewakili perubahan kuantiti sesuatu unsur yang hendak dikaji.

- Graf garisan berganda  sangat sesuai untuk  membandingkan perubahan kuantiti beberapa unsur yang dikaji mengikut skala masa tertentu.

3.1 Menyusun Data


- Untuk memudahkan graf dilukis, data haruslah disusun terlebih dahulu di dalam bentuk jadual.

- Penggunaan jadual untuk menyusun data bertujuan memudahkan pengguna membaca dan memindahkan data dalam bentuk grafik.

3.2 Mentafsir Graf Garis Berganda


- Mentafsir graf garis adalah sama dengan mentafsir graf palang dengan  mengambil kira semua data-data yang ditunjukkan.

- Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian melihat:-

ⅰ. Kenaikan kuantiti sesuatu unsur.
ⅱ. Penurunan kuantiti sesuatu unsur.
ⅲ. Unsur yang tidak mengalami perubahan dalam masa tertentu.




2012年9月8日星期六

BAB 3 : Skala dan Jarak

1. Umum

1.1 Skala


- Skala ialah  nisbah jarak di atas peta dengan  jarak sebenar di atas permukaan bumi.

- Skala lurus  ialah skala yang dilukis dalam bentuk  garisan dan dibahagi dalam beberapa unit kecil untuk mewakili jarak tertentu di atas permukaan bumi.

- Skala lurus juga dikenali sebagai skala linear  atau skala garisan dan kadangkala ada juga ahli geografi menyebutnya sebagai skala piktograf.

1.2 Jarak


- Jarak ialah jauhnya dari satu tempat ke tempat lain.

- Jarak terdiri daripada 2 jenis iaitu:

• Jarak Mutlak
• Jarak Relatif

- Jarak mutlak ialah jarak sebenar antara dua tempat yang diukur menggunakan unit ukuran jarak iaitu unit ukuran terdekat milimeter (mm) dan sentimeter (sm).

- Ukuran jarak jauh diukur dengan ukuran meter (m) dan kilometer (km).

- Jarak relatif ialah jarak diukur secara perbandingan dengan menggunakan kos dan masa.

2. Jenis-jenis skala lurus

2.1 Skala lurus mudah


- Skala lurus mudah dilihat sebagai satu garisan yang dilukis dalam satu garisan nipis.

Skala Lurus Mudah

Penerangan:

• a = Ruang unit di antara 0 dengan 1 dan seterusnya adalah jarak di atas peta yang diukur dalam unit sentimeter.

• b = nombor 0 hingga 6 yang terletak di atas pembahagian unit adalah jarak 
sebenar di atas permukaan bumi yang diukur dalam unit  kilometer atau meter.

• c = Unit ukuran jarak yang digunakan.

2.1.1 Menukarkan skala lurus mudah kepada skala penyata

- Skala  lurus mudah boleh dinyatakan di dalam bentuk skala penyata berdasarkan kepada asas menukar skala lurus mudah.

Kaedah menukar skala lurus mudah kepada skala penyata

 Penerangan:

• a = Ukur ruang di antara nombor 0 dengan 1 dengan pembaris dengan menggunakan ukuran sentimeter.

• b = Pindahkan nilai angka yang terdapat pada nombor selepas nombor 0.

• c = Pindahkan unit ukuran dalam ruang unit ukuran.

• Jawapan yang anda perolehi ditulis sebagai 1sm = 1km.

2.2 Skala lurus penuh

- Skala lurus penuh dilukis menggunakan  garisan tebal dengan skala bermula dengan  nombor 1  diikuti dengan nombor 0.

- Dalam skala lurus penuh di bahagian sebelah kiri skala terdapat 1 unit yang dibahagikan dalam beberapa unit kecil untuk mewakili jarak sebenar di atas bumi yang lebih dekat.

Skala lurus penuh

Penerangan:

• a = Ruang jarak di atas peta bagi ukuran unit terkecil yang biasanya mewakili jarak 100m.

• b = Ruang unit di antara 0 hingga 1 dan seterusnya mewakili unit ukuran di atas kertas yang biasanya diberi jarak 1sm.

• c = Semua nombor yang terletak di atas garisan lurus merupakan jarak sebenar di atas permukaan bumi.

• d = Unit ukuran yang digunakan di dalam peta.









3. Mengukur Jarak


- Jarak pada peta boleh diukur dengan menggunakan alat:-

ⅰ. Pembaris
ⅱ. Jangka tolok
ⅲ. Jalur kertas
ⅳ. Benang
ⅴ. Kertas teres (Tracing Paper )

2012年9月4日星期二

BAB 2 :Arah

1. Umum


- ditentukan dengan berpandukan kepada arah:-

ⅰ. Arah matahari terbit dan terbenam.
ⅱ. Arah bulan terbit dan terbenam.
ⅲ. Kumpulan bintang-bintang di langit seperti:-

• Buruj pari (S)
• Buruj Anjing Besar (U)
• Buruj Belantik (U)
• Buruj Biduk (U)

ⅳ. kompas magnetik.
2. Mengenali kompas magnetik


- Terdapat beberapa jenis kompas magnetik seperti kompas magnetik mudah, silva dan
lenstik .

Kompas Magnetik Silva

Kompas Magnetik Mudah

Kompas Magnetik Lenstik


2.1 Memahami konsep kompas magnetik dan kemagnetan bumi

- Jarum kompas magnetik sentiasa menghala arah utara kerana daya 
tarikan semulajadi  magnet bumi.

- Jarum kompas sentiasa menghala ke arah daya magnet bumi.

- Sudut hala jarum kompas akan  berkurangan secara sekata dari 90° di 
kawasan kutub magnet ke 0° di kawasan khatulistiwa.

Daya Magnet Bumi


2.2 Jenis-jenis utara

Jenis-Jenis Utara

- UG (Utara Grid)  - Arah utara di atas peta topo mengikut garisan Grid 
Timuran dalam peta topo.

- UB (Utara Benar) – Arah utara sebenar yang mengikut arah kutub utara 
yang selari dengan garisan longitud yang menghubungkan Kutub Utara 
dengan Kutub Selatan. 

- UM (Utara Magnet) – Arah utara yang ditunjukkan oleh kompas magnetik 
di mana arah ini hampir kepada UB. 






3. Bearing


- Bearing adalah ukuran dua arah di antara dua tempat.

- Arah ditentukan berdasarkan ukuran sudut yang dinyatakan di dalam ukuran
darjah(°).

- Secara umum, bearing diukur di dalam dua format ukuran iaitu:

• Bearing Azimut.
• Bearing sukuan.


3.1 Bearing Azimut


- Juga dikenali sebagai bearing penuh dan bearing sudutan.

- Setiap arah diukur dengan menggunakan sudut dari 0° - 360°.

- Bearing diukur mengikut arah pusingan jam.

Bearing Azimut

3.1.1 Kaedah mengukur bearing azimut  dengan jangka sudut

Mengukur Bearing Azimut dengan Jangka Sudut

- Cara yang paling mudah mengukur bearing ialah dengan menggunakan jangka sudut.

- Langkah:

ⅰ. Lukis garisan lurus melalui utara – selatan melalui poin A.
ⅱ. Lukis garisan lurus menyambung poin  A ke poin B.
ⅲ. Letakkan jangka sudut tepat dengan garisan lurus utara  – selatan. 
Pastikan titik tengah jangka sudut berada di atas poin A.
ⅳ. Sudut dibaca mengikut pusingan jam sehingga ke garisan yang menuju 
ke poin B.


3.2 Bearing Sukuan

- Merupakan penentuan arah dengan mengukur sudut bearing  secara sukuan.

- Sukuan Utara – Sudut diukur dari arah Utara ke Timur atau Barat. 

- Sukuan Selatan - Sudut diukur dari arah Selatan ke Timur atau Barat. 


Bearing Sukuan


2012年9月3日星期一

BAB 1 : Kedudukan

1. Umum

- Semua lokasi yang terletak di atas permukaan bumi memiliki alamat am atau dikenali 
juga sebagai ‘global address’.

- Alamat umum ini berasaskan nombor yang dikenali sebagai koordinat iaitu nombor 
yang mewakili kedudukan tempat longitud dan kedudukan tempat latidud.

- Penggunaan alamat umum di atas permukaan bumi dibuat berasaskan kepada garisan 
latitud dan longitud yang dikenali sebagai peta grid.

- Jarak di antara garisan 1° sama ada garisan longitud dan latitud dengan garisan yang 
lain ialah 111km.

- Jarak antara garisan longitud di atas permukaan bumi akan berkurangan  apabila 
berada di garisan latitud 45° utara dan selatan ke arah kutub dengan jarak 1° hanya 
98Km sahaja.

- Eratosthene (276  – 194 SM)  merupakan orang pertama membentuk perkataan 
Geografi, merupakan tokoh yang menghasilkan sistem  garisan bujur dan garisan 
lintang dan berjaya mengukur ukur lilit bumi dengan penuh kejituan.

Garisan latitud dan longitud


2. Sistem Pemetaan

- Dalam sistem pemetaan, permukaan bumi dipetakan dengan menggunakan sistem 
Peta Grid.

- Dalam sistem ini semua tempat dipetakan berdasarkan sistem nombor berdasarkan 
pada garisan latitud dan longitud.

- Sesuatu kawasan boleh dipetakan atau boleh dicari dalam sistem grid dengan hanya 
memberikan dua nombor rujukan yang merupakan  kedudukan garisan latitud dan 
garisan longitud yang merupakan titik persilangan kedua-dua garisan.

- Pemetaan permukaan bumi di dalam sistem penentuan lokasi berasaskan 
teknologi moden seperti Global Positioning System (GPS ) memanfaatkan sistem 
peta grid dalam penentuan lokasi dengan tepat.

2012年9月2日星期日

3. Garisan latitud


- Garisan ini adalah garisan yang dilukis secara melintang dan selari dengan garisan
khatulistiwa di dalam pemetaan permukaan bumi.

- Garisan latitud diukur dengan nilai darjah (°) dari 0° hingga 90° utara dan selatan.

- Garisan latitud 0° iaitu garisan khatulistiwa merupakan garisan bayangan yang
membahagikan bumi kepada 2 zon iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.

Garisan latitud

Garisan latitud utama

- Garisan khatulistiwa merupakan garisan latitud yang mempunyai ukur lilit paling 
panjang iaitu 45,075.16 kilometer.

- Garisan latitud berfungsi sebagai  penentu lokasi atau kedudukan di atas peta dan 
glob.




4. Garisan Longitud


- Merupakan garisan bayangan yang dilukis dari Utara ke Selatan di atas glob.

- Garisan ini sama panjang dan bertemu di bahagian kutub Utara dan Kutub Selatan.

- Garisan ini sangat penting untuk menentukan waktu tempatan.

- Garisan meridian dilukis berdasarkan kepada garisan meridian pangkal.

- Pada tahun 1884 sekumpulan saintis, pedagang  dan juga ahli pelayaran menjadikan
Greenwich, England sebagai meridian pangkal.

- Garisan Meridian Pangkal (Prime Meridian) juga dikenali sebagai Garisan Meridian
Greenwich (GMG) yang terletak di London.

- Nilai sudut bagi garisan Meridian Greenwich ialah 0°.

- Ukuran sudut bagi garisan longitud ialah :-
ⅰ. Zon Barat 0° - 180°B

ⅱ. Zon Timur 0° - 180°T

- Garisan Longitud 180°T dan 180°B adalah merupakan garisan yang sama dan dikenali
sebagai  Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) bersetentang dengan garisan meridian
pangkal di atas glob.

- Garisan ini terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik.

- Penting untuk menentukan pertukaran tarikh antarabangsa.

 Garisan Meridian Pangkal dan garisan longitud



5. Menyatakan dan menentukan kedudukan sesuatu tempat berasaskan Latidud dan Longitud

5.1 Kedudukan pada glob


- Dalam penentuan kedudukan sesuatu tempat di atas glob, titikan rujukan
berasaskan garisan latitud dan longitud digunakan.

- Harus diingat bahawa tertib membaca kedudukan di atas glob dimulakan dengan
garisan latitud diikuti dengan garisan longitud (Latitud, Longitud).

5.1.1 Kaedah menentukan kedudukan di atas glob


    • Pastikan kedudukan garisan latitud 0° dan juga kedudukan garisan meridian Greenwhich 0°.
    • Pastikan lokasi yang hendak dicari berada di zon yang betul dengan melihat sama ada berada di zon barat atau timur dengan melihat GMG dan sama ada lokasi berada di hemisfera utara atau hemisfera selatan dengan melihat garisan latitud 0°
    • Kebiasaanya kedudukan sesuatu lokasi adalah berdasarkan kepada nilai sudut.




    6. Menentukan kedudukan sesuatu tempat di atas peta dengan menggunakan garisan latitud dan longitud


    - Garisan lintang adalah sangat penting untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat
    di atas permukaan bumi yang berpandukan kepada peta.

    - Titik persilangan  di antara garisan latitud dan garisan longitud menunjukkan
    kedudukan tempat berkenaan.

    - Panduan  menentukan kedudukan sesuatu tempat dengan berpandukan kepada
    garisan latitud dan garisan longitud ialah nilai garisan latitud disebut dahulu  diikuti
    oleh nilai garisan longitud.

    - Garisan latitud dan longitud diukur dengan menggunakan unit:-

    ⅰ. darjah (° )
    ⅱ. minit ( ' )
    ⅲ. saat ( ' ' )  Setiap darjah (°) garisan longitud dan garisan latitud dibahagikan
    kepada 60 minit ( ‘ )

    6.1 Menentukan kedudukan di dalam kiraan minit (' )


    - Jika sesuatu tempat itu terletak di tengah-tengah di antara garisan latitud
    atau longitud maka kita kenalah mengira kedudukan mengikut minit ( ' ) dan
    saat ( ' ').

    - Jika kita zoom pada lokasi H maka kita akan dapat melihat H berada di antara
    garisan latitud 5° U dan 6°U serta 117°T dan 118°T.

    - Ruang antara garisan latitud dan longitud boleh dibahagikan kepada 60 minit
    kerana 1° = 60 minit.

    6.2 Menentukan kedudukan di dalam kiraan saat ('' )


    - Jika sesuatu tempat itu terletak di tengah-tengah di antara garisan  minit
    maka kita kenalah mengira kedudukan mengikut kiraan saat ( '').

    - Ruang antara minit boleh dibahagikan kepada  60 saat kerana  1 minit = 60 saat.





    7. Menentukan kedudukan sesuatu tempat  berasaskan waktu tempatan


    - Kedudukan sesuatu tempat di atas glob juga boleh ditentukan dengan berdasarkan
    perbezaan waktu tempatan  yang terletak di zon waktu sesuatu lokasi dengan lokasi
    yang lain.

    - Dalam konsep ini seseorang perlu mengetahui kedudukan longitud disesuatu tempat
    serta waktu tempatan di longitud berkenaan sebelum boleh mencari kedudukan lokasi
    baru berdasarkan waktu tempatan di longitud yang hendak dicari.

    - Konsep pengiraan adalah sama dengan konsep pengiraan waktu iaitu semua tempat
    yang berada di sebelah  kanan perlu  ditambah dan semua tempat yang berada di
    sebelah kiri perlu ditolak di dalam proses pengiraan.


    8. Zon Waktu dan Waktu Tempatan

    8.1 Waktu Piawai


    - Dalam menentukan zon waktu dan waktu piawai garisan bujur/longitud
    digunakan sebagai rujukan.

    - Garis bujur digunakan untuk membahagikan bumi kepada zon-zon waktu.

    - Semua tempat yang terletak di sepanjang garisan longitud yang sama mempunyai
    waktu tempatan yang sama.

    - Zon waktu dunia dibahagikan dalam 24 zon waktu.

    - Perkara penting yang harus diingat dalam pengiraan waktu:

    Formula: 1° = 4 ( ' ) minit 15° = 60 ( ' ) minit

    - Waktu ditambah apabila anda ke Timur (Kanan) dan ditolak apabila ke barat (Kiri)

    8.2 Waktu Tempatan


    - Waktu ditentukan berasaskan kedudukan longitud sesebuah negara yang disebut
    sebagai waktu tempatan.

    - Semua tempat  yang berada di longitud yang sama mempunyai waktu tempatan
    yang sama.

    - Pada tahun  1981 kerajaan Malaysia secara rasmi telah menyamakan zon waktu
    Malaysia barat dengan zon waktu Malaysia timur dengan menyamakan waktu
    Malaysia barat sama dengan waktu di Malaysia timur menjadikan Malaysia
    menggunakan satu zon waktu piawai iaitu UT+8 (Helmer, 2008).

    - Tujuan kerajaan Malaysia menyamakan zon waktu ini adalah untuk menyelaraskan
    semua aspek sistem pentadbiran  di semua peringkat sama ada pihak kerajaan
    atau swasta.

    8.3 Mengira waktu tempatan


    - Pengiraan waktu tempatan melibatkan penentuan selisih waktu dan juga selisih
    longitud.

    - Untuk memudahkan pengiraan semua waktu tempatan dijadikan sebagai waktu
    piawai (Universal Time (UT))untuk memudahkan pengiraan waktu.


    Contoh:
    1:45 petang = 1345
    12:45 pagi = 2445



    Soul Eater Logo