2.1 Skala lurus mudah
- Skala lurus mudah dilihat sebagai satu garisan yang dilukis dalam satu garisan nipis.
Skala Lurus Mudah
Penerangan:
• a = Ruang unit di antara 0 dengan 1 dan seterusnya adalah jarak di atas peta yang diukur dalam unit sentimeter.
• b = nombor 0 hingga 6 yang terletak di atas pembahagian unit adalah jarak
sebenar di atas permukaan bumi yang diukur dalam unit kilometer atau meter.
• c = Unit ukuran jarak yang digunakan.
2.1.1 Menukarkan skala lurus mudah kepada skala penyata
- Skala lurus mudah boleh dinyatakan di dalam bentuk skala penyata berdasarkan kepada asas menukar skala lurus mudah.
Kaedah menukar skala lurus mudah kepada skala penyata
Penerangan:
• a = Ukur ruang di antara nombor 0 dengan 1 dengan pembaris dengan menggunakan ukuran sentimeter.
• b = Pindahkan nilai angka yang terdapat pada nombor selepas nombor 0.
• c = Pindahkan unit ukuran dalam ruang unit ukuran.
• Jawapan yang anda perolehi ditulis sebagai 1sm = 1km.
2.2 Skala lurus penuh
- Skala lurus penuh dilukis menggunakan garisan tebal dengan skala bermula dengan nombor 1 diikuti dengan nombor 0.
- Dalam skala lurus penuh di bahagian sebelah kiri skala terdapat 1 unit yang dibahagikan dalam beberapa unit kecil untuk mewakili jarak sebenar di atas bumi yang lebih dekat.
Skala lurus penuh
Penerangan:
• a = Ruang jarak di atas peta bagi ukuran unit terkecil yang biasanya mewakili jarak 100m.
• b = Ruang unit di antara 0 hingga 1 dan seterusnya mewakili unit ukuran di atas kertas yang biasanya diberi jarak 1sm.
• c = Semua nombor yang terletak di atas garisan lurus merupakan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
• d = Unit ukuran yang digunakan di dalam peta.
没有评论:
发表评论